PENGERTIAN KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
Komunikasi ditakrifkan sebagai “satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu atau kumpulan individu yang lain”. Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua seperti perbuatan menghantar maklumat dan proses untuk bertukar-tukar bermaksud dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi jugak boleh membentuk baik secara lisan, misalnya Bahasa gerak-geri Bahasa isyarat, pendengaran, sentuhan dan hubungan mata serta penulisan. Terdapat pelbagai takrifan komunikasi dari takrif yang mengiktirafkan antara haiwan sehinggalah yang mengiktirafkan antara manusia sahaja. Komunikasi jugak memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia seharian untuk mencapai objektif atau matlamat tertentu. Kemampuan seseorang menggunakan komunikasi dengan baik dapat mencorakkan kehidupan yang baik pada masa hadapan.
Komunikasi Islam berfokus pada teori-teori komunikasi yang dikembangkan oleh para pemikir Muslim. Tujuan akhirnya adalah menjadikan komunikasi Islam sebagai komunikasi alternatif, terutama dalam menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan yang bersesuaian dengan fitrah penciptaan manusia. Kesesuaian nilai-nilai komunikasi dengan dimensi penciptaan fitrah kemanusiaan itu memberi manfaat terhadap kesejahteraan manusia sejagat. Sehingga dalam perspektif ini, komunikasi Islam merupakan proses penyampaian atau tukar menukar informasi yang menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi dalam Alquran. Komunikasi Islam dengan demikian dapat didefenisikan sebagai proses penyampaian nilai-nilai Islam dari komunikator kepada komunikan dengan menggunakan prinsip-prinsip komunikasi yang sesuai dengan Alquran dan Hadis.