CARA UNTUK MEWUJUDKAN KEHARMONIAN DALAM HUBUNGAN
Marcapada ini,
masyarakat berbilang kaum-kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam aman dan
harmoni. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, China
dan India ini terjalin erat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu. Namun begitu, apakah prakarsa-prakarsa yang
harus dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan
di negara kita?
Prakasa perdana bagi
mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah sikap
individu itu sendiri. Hal ini demikian kerana amannya sesuatu komuniti amnya
bergantung kepada individu itu. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap
tolak ansur dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Setiap rakyat
haruslah sentiasa mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.
Dengan adanya pengamal sikap murni dalam diri masyarakat di Malaysia, hidup
setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni. Sebagai
contohnya, rumah kita mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu perayaan seperti
Hari Raya Aidilfitri, tidak seharusnya kita menghalang jiran kita walaupun
mereka bukanlah seagama dengan kita dari mengunjungi kita dan bersama-sama
meraikannya bersama kita. Seandainya setiap rakyat mengamalkan sikap bertolak
ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain, sudah pasti keharmonian
masyarakat berbilang kaum akan dapat dikekalkan, kerana tegap rumah kerana sasaknya,
teguh negara kerana keutuhan bangsanya. Tegasnya, sikap individu memainkan
peranan yang paling penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran
masyarakat berbilang kaum di Malaysia hari ini.
contoh gambaran tentang keharmonian dikalangan pelajar di sekolah :