HUBUNGAN KAUM HARMONI IKUT PERSPEKTIF ISLAM
Islam satu sistem hidup yang bersifat rab-bani dan
menganjurkan kepada manusia agar sentiasa berlaku adil dalam setiap tindakan
yang diambil.
Islam menyeru agar meletakkan sesuatu pada tempat yang
sewajarnya, memberikan hak kepada yang berhak menerimanya serta menghukum
manusia yang bersalah dengan hukuman setimpal tanpa membezakan antara manusia,
antara perkara sangat ditekankan dalam ajaran Islam.
Seperti Islam memberikan penekanan kepada kedamaian hidup
individu, baik daripada aspek fizikal dan mental seseorang, Islam juga melalui
sistem hidupnya menggalakkan keharmonian masyarakat dan keamanan bersama agar
semua manusia dapat menjalankan kehidupan di dunia dengan aman dan damai.
Konsep persamaan dalam Islam perlu diasaskan kepada
kenyataan bahawa kejadian manusia yang pelbagai etnik, bangsa dan keturunan
adalah satu fitrah kehidupan yang perlu diterima oleh setiap insan.